Tuesday, 12 March 2013

Pendapat Ulama Jumlah Perawi Hadith


PENDAPAT ULAMA’ JUMLAH PERAWI HADITH MUTAWATIR

Sebagai dasar sebuah hadith, ia boleh dikategorikan sebagai hadith mutawatir ataupun tidak berdasarkan jumlah perawi pada tingkatan sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut. Sebagaimana pendapat majoriti ulama’ untuk menetapkan hadith tersebut adalah sebanyak sepuluh orang sahabat. Dan dengan itu, apabila suatu hadith itu diriwayatkan kurang dari sepuluh sahabat, maka hadith itu bukanlah termasuk dalam hadith mutawatir. Walaupun majorityinya ulama’ telah menetapkan bilangan hadith mutawatir adalah sepuluh orang, tetapi terdapat beberapa lagi khilaf ulama’ yang telah menetapkan jumlah perawi bagi hadith mutawatir.
            Antara khilaf ulama’ yang menetapkan jumlah perawi dalam sesebuah hadith adalah seperti berikut :
1.            Ada ulama’ yang mengatakan sekurang-kurangnya 4 orang. Ulama menetapkan sebanyak 4 orang berdasarkan hujah saksi zina sebanyak 4 orang. Untuk mensabitkan seorang penzina itu bersalah ataupun tidak, ia memerlukan 4 orang saksi. Jadi ulama telah menggunakan hujah ini untuk menetapkan bilangan perawi hadith mutawatir.
2.           Ada juga yang mengatakan sekurang-kurangnya 5 orang perawi berdasarkan hujah sumpah li’an 5 kali. Seorang saksi bagi seorang penzina untuk mensabitkan kesalahannya hendaklah bersumpah li’an sebanyak lima kali. Atas dasar ini ulama’ telah menetapkan bilangan perawi adalah sebanyak 5 orang.
3.              Ada juga ulama’ menetapkan bilangan perawi sebanyak sekurang-kurangnya 20 orang. Ini bermaksud bilangan perawi ini seramai 20 dan ke atas.
4.    Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa bilangan perawi adalah seramai 60,100 dan 200 orang perawi.
      Namun demikian, hakikatnya, jumlah tersebut bergantung kepada jumlah mustahil ada pendustaan di dalam periwayatan mereka. Menurut pendapat Ibnu al-Salah, hadith mutawatir amat sukar ditemui dan hamper-hampir tiada yang memenuhi syarat-syarat hadith mutawatir. Kalau ada sekalipun, jumlahnya amatlah sedikit.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH MUTAWATIR

Seperti yang kita tahu, hadith mutawatir sama ada dari segi lafzi dan maknawi membawa pengetahuan bersifat yakin. Ini bermaksud tiada keraguan di dalam kita beramal dengan hadit mutawatir. Oleh kerana hadith mutawatir ini bersifat yakin dan tiada keraguan lagi ke atasnya, maka hukum beramal dengan hadith mutawatir adalah wajib dan sekiranya seseorang itu menolak dan mengingkarinya, hukumnya adalah kafir. Selain daripada itu, hadith mutawatir ini adalah dalil yang bersifat qat’ei. Dalil qat’ei ini membawa maksud dalil yang disepakati oleh ramai ulama’. Oleh kerana dalil ini adalah dalil qat’ei, maka ia merupakan sumber kedua perundangan islam selepas al-Quran. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu hukum tiada di dalam al-Quran, maka ulama akan menggunakan hadith mutawatir ini sebagai sumber rujukan selepas al-Quran.








No comments:

Post a Comment